March 31, 2014

suatu pagi hening di tempat kerja

Salam.
Saya menulis kerana kadang-kadang saya perlukan sesuatu untuk bercakap. Kiranya monolog dalaman untuk diri sendiri. Penat mengadu pada manusia, tanpa lelah mengadu pada Tuhan .


Dalam kehidupan, sering aku buat silap. Kalau nak dikatakan degil, ya aku mengaku silap sendiri yang selalu rasa tiap keputusan yang aku buat adalah yang terbaik untuk aku. Sampai satu saat aku sedar yang sepanjang hidup dicorakkan ibu bapa jalan itulah yang terbaik. Apa aku peroleh hari ni, atas usaha sendiri dan usaha ibu bapa yang tak pernah bosan mendidik aku.

Kadang sampai saat ni, saat kat mana aku rasa tibatiba lemah dan down aku rasa banyak gila jalan yang aku ambil ni salah . Tapi banyak kali jugak aku yakinkan diri sendiri yang jalan yang aku amek ni dah ditulis oleh Allah. He planned all this we should be grateful for sure .something special yang indah indah akan datang lepas kau melalui kesukaran. Yang penting kau tabah dan percaya. Tuhan ada tolong kau selalu .

Kadang aku rasa jugak dalam soal soal hati dan perasaan pun ada masalah. Tak kiralah kengkawan ke boyfriend ke. Cecukup jelah aku rasa bila aku tak tenang atas sesuatu alasan munasabah (kiranya aku lemah dalam soal kasih sayang dan persahabatnlan) aku tak putus mintak kat Allah bg ketenangan jiwa dan petunjuk. Memang hasilnya tak lah selalu Allah nak bg immediately asalkan kita have faith inshaAllah semua nya akan okay okay.

Dalam suatu hari di minggu ini, aku rasa macam hmmm hari yang #:):)gsjajwhshis ;729#2!:   okay memang rasa nak mencarut .

Kau bayangkan bebarang mandian semua dah nak habis, duit elaun bulan lepas ciput je tinggal. Nak tggu elaun praktikal lagi dua minggu itupun kalau dua minggu . Dan sudah masuk minggu keenam semester upm mula tapi jpa scholar tak masuk lagi. Pihak jpa bg harapan palsu duit akan masuk khamis tp smpai esoknyaaaaa tak masuk jugak. A date by date dia bagi tapi semuanya tak.betul banyak bedalih. Petangnya pulak ada la seorang ni cari pasal becakap mashaAllah poyonya macam dialah manusia paling pandai dalam muka bumi ni. Tiba nak naik lrt touch n go pulak tecicir kat mana mana jelah.

A whole day like that and im just wanna die alone ~~

Dan bila semuanya mcm ni satu je kau kene buat untuk tenangkan diri.

Have faith . Allah always with you.

Okay till then, assalamualaikum

Xoxo e publish

March 2, 2014

internship

assalamualaikum dan selamat pagi .

cadangnya pagi ni kami nak ke UPM, ambik baucer buku. tapi sebabkan dah terbiasa bangun awal, cadang pukul sebelas lapan setengah mata nya dah tak boleh tutup . cett sungguh .

maka dengan itu, aku amik keputusan untuk menulis . heh heh

seperti yang sedia maklum, aku internship di petronas, klcc. kalau dulu, eksaited setiap kali nampak klcc, sekarang perasaan tu dah takde, malah rasa membuak-buak nak bekerja tu lagi tinggi lagi eksaited. giteww.

kencing jee.

first month internship,

awal dua minggu banyak keje sampai balik lewat 30 minit. Heheh, lewat sangat lettew kalau 30 minit lewatnya. supervisor kat sini suka bagi kerja time nak balik, but its okay.. as long as i did something, tak lah goyang kerusi adjust kerusi tinggi rendah..

kalau ditanya mana lagi baik internship di audit firm medium size atau firm besar-besar mcm Petronas, korang boleh tengok dari tiga perspektif yang berbeza.

first, kalau korang rasa hidup korang perlu elaun yang banyak, pilih lah firm besar, carilah firm besar, atau mana mana firm yang bagi elaun yang tinggi untuk student praktikal.

second, kalau korang rasa korang nak cari pengalaman bekerja, buat audit sebenar, pergi company client, kena marah sebab takdapat imbang ke apa, then you should find medium size audit firm, yang aku rasa lagi better. Bos kat dept aku penah cakap, yang better you start dari bawah, masuk audit firm, buat kerja-kerja luar (which senang kita refer as external audit laa), yang susah dulu yang kita kene bermalam kat ofis yang macam rasa nak pecah kepala buat akaun, then bila banyak pengalaman macam ni, lagi senang korang nak diserap masuk company-company besar . pengetahuan dah meluas!

thirdly, both. korang nak elaun banyak korang nak cari pengalaman bekerja bidang-bidang akaun and audit ni. ini kira macam usaha setimpal dengan elaun lah gitu. heheh . yang ni serious kene buat banyak research nt orang-orang yang dah ada pengalaman intern kat company mana-mana dan tanya scope kerja dorang .

dan aku sebenarnya lebih prefer yang ketiga .

tapi, sebabkan baru first month intern, so aku sendiri taktau adakah banyak ke pengalaman yang akan aku dapat. mungkin bebeza la sebab intern dekat sini, kiteorang di bagi bagi kepada banyak division berlainan sub company of petronas. macam aku, aku di-assigned at finance division under PDB . bawah finance division tu, ada lagi department-department lain, dan dept yang aku diletakkan ialah risk department.

so, scope kerja aku ialah risk and credit control lah . camtu .

dan rasanya, end of july, kita jumpa lagi dengan kesimpulan program internship di petronas.

hehe, till then,assalamualaikum.